ADA ANAK-ANAK TERLALU BEREMOSI?

Ibu ibu tidak dapat mencari masa untuk membaca semua buku dan majalah keibubapaan? Anda tidak mempunyai banyak kawan-kawan untuk berbincang? Tiada masalah, saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk anda! Saya akan mencari tip-tip keibubapaan yang diuji dengan cabaran emosi anak tertentu dari mulut ibu ibu yang berpengalaman. Sekarang saya kumpulkan tips dari kumpulan ibu-ibu (dengan anak-anak dari segala usia dan dan pengalaman), panduan berurusan dengan kanak-kanak yang terlalu emosi.

BAIKLAH, MAMA, BAGAIMANA KITA BERURUSAN DENGAN ANAK-ANAK YANG TERLALU BEREMOSI?

1. Pastikan ada “eye contact”

Kita perlu turun ke tahap anak anak (membongkok dan pandang tepat ke matanya) dan akui apa yang dia rasa. Pastikan suara kita tenang dan cuba untuk membantu dia melalui emosi itu sehingga dia berasa tenang semula. (tips ini dari One Perfect Day)

2. Akui emosi mereka waktu itu

Satu perkara yang penting perlu dilakukan adalah untuk mengakui emosi mereka. Pastikan mereka tahu bahawa kita memahami apa yang mereka rasa sebelum segera mengarah atau menyuruh mereka mendengar pendapat kita.

3. Pastikan ada rutin

Kita perlu cuba untuk menjaga perkara-perkara yang boleh diramal, seperti bercakap dengan anak tentang apa yang akan berlaku hari ini dengan memberitahu perubahan kepada rancangan atau rutin harian jika ada.Terangkan supaya tiada kejutan yang boleh mencetuskan satu tekanan emosi.

4. Berikan persekitaran yang membantu

Saya pernah cuba dan memikirkan cara untuk mengelakkan anak menangis. Saya nampak bahawa ia adalah hanya cara semulajadi untuk dia meluahkan perasaannya. Dia merajuk dalam banyak situasi yang berbeza. Saya membiarkan dia menangis dan memberitahu bahawa menangis adalah satu cara yang baik berbanding mengamuk. Gelombang emosi yang tidak baik itu akan berlalu dalam masa beberapa minit. Yang penting saat itu,peluk saja anak kita mama. Apa yang kita latih dalam mengurus emosi anak akan dibawa sehing dia matang. (Jennifer dari Chronicles Kitchen Counter).

5. Alihkan perhatian mereka dari memikirkan perkara yang menyedihkan mereka.

Contohnya,semasa anak menangis ingin mengikut ayahnya ke tempat kerja. Cuba cakap pada dia yang kita tahu ,dia rindukan ayahnya, tetapi ayahnya perlu pergi ke tempat kerja untuk mencari duit belikan mainan dan makanan yang bagus.Sehingga dia betul betul tenang. (Cerys dari Rainy Day Mum)

6. Berikan pelukan yang kuat dan hangat untuk dia.

Lebih mudah jika kita sapukan calm time pada anak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *