Ramai yang sedih kerana bertahun kahwin masih belum menimang cahaya mata atau sukar hamil. Kebanyakan doktor menasihatkan kaum isteri yang mengalami masalah itu untuk dapatkan rawatan seawal tahun pertama perkahwinan. Banyak cadangan atau cara yang semuanya akan cuba. Apapun, kita perlu ambil tahu apa punca sebenar masalah yang berlaku.

40% wanita gagal hamil atau sukar hamil disebabkan tiada sel ovum dalam kitaran haidnya. Sebenarnya,bukan semua darah haid menandakan kesuburan.


Petanda haid yang tiada sel telur atau tidak subur:

1. Haid tidak teratur. Kitarannya kurang dari 21 hari dan melebihi 35 hari.

2. Haid yang datang sedikit sedikit tetapi lambat habis.

3. Haid yang kerap seperti 2 kali sebulan.

4. Haid yang tidak datang berbulan bulan sehingga bertahun tahun.

5. Haid yang bermula dengan aliran darah kehitam hitaman, kemudian berhenti dan datang balik beberapa hari kemudian.

6. Haid yang berbulan bulan terganggu dan bila datang, alirannya didapati terlalu banyak dan kerap disertai senggugut.

7. Haid yang datang sedikit sedikit dan berbulan bulan lamanya.

Walaupun masalah ini boleh dirawat dengan PIL KESUBURAN, sangat penting untuk pastikan tiada masalah lain,
seperti gangguan tiroid, gangguan kelenjar adrenal atau pituitari.

Artikel penuh boleh rujuk website ini.

https://alamhamilblog.com/2016/10/13/haid-tidak-teratur-dan-sukar-hamil/#more-1708

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *