“Saya baru dapat tahu yang saya hamil anak kedua. Betul ke doktor saya perlu berhenti menyusukan anak pertama untuk mengelak berlaku keguguran?”
– Puan Huda, 29 tahun.


Sebenarnya penyusuan semasa hamil adalah SELAMAT, melainkan sebelum ni puan ada sejarah keguguran atau kandungan puan berisiko tinggi untuk gugur.

Jadi ada baiknya Puan berbincang dengan doktor yang merawat samaada boleh teruskan penyusuan atau tidak.

Secara saintifik, rangsangan pada puting susu akan merembeskan satu jenis hormon yang bernama Oxytocin.
Oxytocin ini membantu payudara ibu mengeluarkan susu dan hormon ini juga membantu proses pengecutan rahim (contraction).

Apabila puting ibu diransang (menyusu semasa hamil), hormon oxytocin yang keluar sedikit sahaja, tidak sebanyak wanita yang tidak hamil.

Jangan risau, teruskan penyusuan. Susu ibu adalah yang terbaik untuk anak. InshaAllah rahim kita dibekalkan dengan banyak bantuan untuk melindungi janin daripada kelahiran pra matang.

Apa yang penting, bekalkan khasiat dalam makanan seharian, supaya ibu, anak dan janin mendapat khasiat sewajarnya. 🙂

Wallahualam

Sumber DrSaiMunger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *