Kenapa Orang Mudah Terasa Hati Dengan Kita? 

Kenapa anak anak, suami, isteri atau orang lain mudah terasa dengan kita ya? Pasti ada salah dalam pertuturan kita.

Ada kemungkinan kita banyak gunakan NADA TINGGI semasa bercakap 🗣🗣

Perbalahan boleh jadi kerana 2 sebab:

Ketidaksefahaman.

Nada Suara.

 

Percaya tak, 90% Perbalahan berlaku kerana penggunaan nada suara yang TINGGI.

” Abang pergi mana? Masa ni baru balik..!”

Berbeza dengan di nawah ini

“Abang dah balik ya.. Masuklah dulu..Tadi abang singgah mana..?”

 

Susunan ayat yang tersusun lebih berpengaruh dan menarik untuk orang dengar, Begitu juga dengan nada suara yang rendah. 🧡

Best kan bila dah tahu benda ni? Jom Praktis

Ini antara yang ada dalam ilmu NLP. Akan ada nanti post yang mendtang tentang NLP.

Cara Kawal Stress Bila Hadapi Masalah

Percaya tak sebenarnya masalah kita boleh selesai jika kita tulis satu per satu?

Menulis masalah membuatkan fikiran kita lebih damai dan jiwa lebih tenang.

Kerana masalah tu semuanya berada di atas kertas jadi fikiran kita kurang terbeban menanggung detail masalah.

Jangan terkejut pula jika tiba tiba saja idea datang mencurah curah kerana fikiran yang kurang bebanan akan lebih kreatif dan ringan.

Cara Kawal Stress Bila Hadapi Masalah:

Senaraikan 5 Masalah Terbesar dalam Hidup. Tulis secara spesifik.

1) Saya Selalu berdepan dengan bos yang suka marah marah.

2) Saya kecewa dengan suami yang suka lebihkan kawan daripada saya.

3) Saya geram dengan sikap anak yang suka sepahkan rumah.

4) lain lain..

5) dan lain lain..

Lepas senarai, cuba bertenang dan gali 30 hikmah daripada masalah tadi.

Hikmah ini adalah: Pengajaran positif yang kita dapat daripada peristiwa yang berlaku.

Contohnya seperti gambar di bawah

 

Bestnya lepas luah dan buat SWOT.

Lagi best kalau buat dalam keadaan tenang lepas sapu Calm Time Tasneem naturel Tau.

Nak Tahu lanjut boleh terus klik Sini http://mamasthought.wasap.my/

Makanan Yang Bagus Untuk Kurangkan Tantrum Anak

Makan untuk mengalahkan tekanan: 5 makanan yang mengurangkan stress dalam minda anak.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Asparagus- Kemurungan telah dikaitkan dengan tahap asid folik yang rendah, dan sayuran yang membantu merangsang mood adalah asparagus.

Avocado- Kita memerlukan vitamin B untuk sel-sel otak dan saraf yang sihat, dan satu benda penting yang kita tidak tahu, perasaan bimbang mungkinakan berakar umbi bila kita kekurangan B vitamin.

Blueberries- Blueberry. Buah ini kaya dengan antioksidan. Blueberry juga mengandung fitonutrien yang berperanan dalam sistem pertahanan tubuh. Zat ini membantu meningkatkan respon tubuh untuk melawan radikal bebas yang berhubungan dengan stres.

Salmon- Omega 3 di dalam salmon dapat mengurang hormon stress, seperti hormon kortisol yang akan meningkat saat stress menyerang. Menurut Lisa Cimperman, RD, dari University Hospitals Case Medical Center, omega 3 di dalam salmon memiliki sifat antiinflamasi. Nah, sifat inilah yang membantu tubuh melawan efek negatif dari hormon stres.

Spinach-Menurut Heather Mangieri dari Academy of Nutrition and Dietetics, sayuran berdaun hijau seperti bayam mengandungi folat yang dapat meredakan stresss. Folat akan menghasilkan dopamin. Yaitu, bahan kimia yang merangsang rasa bahagia di dalam otak. Hasil, ia akan membuat kita jadi lebih tenang. Sebuah kajian di Universitas Otago juga menemukan temuan serupa. Menurut kajiannya, mahasiswa cenderung merasa lebih tenang, bertenanga, dan bahagia ketika makan lebih banyak sayuran hijau dan buah-buahan.

[…]