Nak Sedia apa Sebelum Bersalin?

Anda sudah melengkapkan 7 persediaan bersalin sebelum menyambut kelahiran bayi baru lahir ini? Kalau takut tertinggal apa-apa, mari semak ia balik, ya!

Menyediakan keperluan bayi amat best dan terkadang menyebabkan pasangan ibubapa membeli secara berlebihan segala persediaan bersalin dan sebelum menyambut bayi.

Elakkan masalah terlebih membuat persediaan bersalin dengan mengikuti senarai cadangan keperluan asas yang kami sertakan di bawah ini.

Sekiranya nanti anda rasakan masih ada kekurangan, lengkapkannya apabila si comel telah berada di dalam dakapan! 😉

#1  Pakaian Bayi

Untuk pakaian, pastikan ianya 100% kain kapas. Bayi cepat membesar, justeru mulakan dengan hanya beberapa helai dan tambah lagi seiring dengan pembesaran mereka.

Pakaian asas serta cadangan bilangan adalah: 3 baju lengan panjang dan pendek, 3 seluar panjang dan pendek, 2 helai bib bayi, 2 pasang stokin dan sarung tangan, 2 helai penutup kepala atau topi bayi, barut dan kain bendung.

Baju one-piece juga pilihan yang memudahkan untuk bayi dan anda. Ha… dah buat persediaan bersalin yang satu ini?

#2 Keperluan Menyusu Anak

Jika anda memilih untuk susu badan sediakan keperluan berikut: baju dalam khas menyusu, pengepam susu, bekas simpanan susu, botol serta puting susu, bekas rendaman stim, berus botol, penghangat botol, pad dan krim payudara.

Jika anda bekerja, sediakan juga beg pendingin bagi menyimpan susu yang dipam di pejabat.

Bagi pilihan susu formula, sediakan juga: susu formula, termos air panas, bekas susu dan bekas air masak.

#3 Kelengkapan Mandi Bayi

 

Kelengkapan asas mandi termasuklah : tuala, minyak urut bayi seperti minyak Yu Yee Cap Limau, krim ruam bayi, kapas muka dan putik kapas.

Carilah tuala yang lembut dan jika berhud, ia memudahkan untuk membendung bayi selepas mandi.

Lengkapkan dengan set bantuan seperti pengetip kuku, penyedut hidung, termometer dan sikat.

Besen mandi bayi memang memudahkan, tetapi anda boleh memanfaatkan sinki di rumah jika ianya cukup selesa.

Kulit bayi sangat bersih dan tidak perlu kepada sebarang mandian khas. Namun jika anda masih tidak yakin, carilah mandian tanpa sabun yang mempunyai kadar pH 5.5.

Persediaan bersalin ini amat penting agar anda tidak kelam-kabut kelak!

Yang paling kitkecemasan untuk baby ni, 5 balm jenama Tasneem Naturel, ada untuk perut ada untuk dada, dan ada untuk relaxing. Nak tengok detail boleh klik sini dan Kalau korang nak try boleh je terus klik http://mamasthought.wasap.my/

#4 Keperluan Menyalin Lampin

Anda perlu menukar lampin sekerap 10-12 kali dalam sehari. Untuk meja khas, pastikan ketinggian yang selesa. Jika tidak, katil anda sudah mencukupi.

Anda boleh memilih lampin pakai buang atau kain. Untuk lampin pakai buang, hanya satu pek bersaiz S diperlukan. Selebihnya belilah selepas bayi dilahirkan untuk saiz yang lebih sesuai.

Pilihan lampin kain bukan sahaja menjimatkan kerana boleh diulangpakai tetapi juga lebih mesra alam sekitar.

Sediakan juga: lapik khas kalis air yang mudah dilap, tisu basah dan krim ruam.

#5 Keperluan Tidur Bayi

Katil ibu boleh menjadi katil bayi terutama bagi ibu yang menyusukan. Jika anda memilih untuk menyediakan katil khas, pilihlah cot bayi yang boleh ditukar menjadi katil.

Sediakan juga: tilam khas bayi, bantal dan sarung bantal, 2 lapik tilam kalis air, selimut khas bayi yang lembut serta ringan dan kelambu bayi jika dirasakan perlu.

Bayi sebenarnya tidak memerlukan bantal. Anda boleh jadikan kain muslin atau tuala bayi sebagai alas.

Kain muslin atau kain kapas yang lembut dan ringan boleh berfungsi sebagai selimut dan kain bendung bayi.

Anda mungkin perlukan gajet pengawasan bayi bagi memudahkan anda melakukan kerja-kerja lain dalam rumah.

#6 Keperluan Perjalanan

Bagi memastikan keselamatan bayi, sediakan tempat khas. Anda boleh memilih strolleryang boleh ditukar kepada tempat duduk khas kereta.

Jika memilih baby pram, pastikan ia boleh diubah kepada posisi berbaring penuh. Sediakan juga beg bayi untuk semua kelengkapan.

Jika anda memilih tempat duduk khas terpakai, pastikan ciri keselamatan berfungsi sepenuhnya. Jika tidak, belilah yang baru.

#7 Keperluan Ibu

Bagi ibu, beberapa keperluan asas untuk dibawa ke hospital termasuk: selipar jepun, stokin tebal, pad khas bersalin atau pad biasa, baju kain kapas yang longgar serta serap peluh.

Beberapa pesanan tambahan, perhatikan tanda ‘value buy’. Harga yang murah tidak semestinya kurang kualiti. Sediakan juga set bersalin yang mengandungi keperluan asas seperti minyak urut dan bengkung.

Pencuci khas untuk pakaian bayi perlu kerana kulit bayi amat sensitif. Khas bagi bayi lelaki, sediakan juga tunku untuk bayi.

Satu tips yang baik, adakan wish list dan kongsikan bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.

Mereka tentu ingin menghadiahkan sesuatu. Ini juga dapat mengelak pembaziran. Selamat berbahagia dengan ahli baru!

Sumber: https://my.theasianparent.com/persiapan-menyambut-kelahiran-bayi/