Saya ada misi untuk bantu lebih ramai ibu ibu yang inginkan “financial freedom”. Apa yang saya maksudkan ialah bebas hutang dan bebas mengatur masa. Tiada “punch card”. Anda mahu?

Saya seorang bakal bekerja dari rumah,usia saya 32 tahun,dan berminat dalam berkongsi ilmu bisnes dari rumah, kesihatan keluarga dan ilmu keibubapaan.

Dulu saya bergantung kepada gaji semata mata dan terikat dengan masa. Tetapi sekarang saya sudah mula lebarkan jaringan dan sayap,untuk lebih maju dalam bisnes dari rumah,hanya dengan blog,facebook dan Instagram.

Saya masih bekerja,tetapi insyaAllah,dalam tempoh masa yang pendek,saya bakal bekerja bersama anda anda hanya dari rumah.

Azam saya,saya inginkan kehidupan yang tenang mengurus anak tanpa membawa strees kerja diluar ke dalam pondok hidup saya dan saya juga ingin berkongsi dengan semua ibu cara untuk keluar dari kepompong hidup bergantung pada gaji di samping mendidik anak dengan tangan sendiri. Anak belajar dengan cerdas di hadapan kita dan kita tenang berurus niaga.

Saya dedikasikan blog ini untuk anda,saya berharap ramai ibu yang mengalami cabaran yang saya lalui mendapat manfaat dari blog ini.

Apa yang menarik tentang saya?Sudah tentu saya suka menulis, saya suka berkongsi ilmu ilmu dalam mengurus kewangan,kesihatan dan pendidikan sambal bermain dengan anak kecil saya dalam keadaan tersenyum.Haha. Apa lagi yang menarik? Artikel tulisan saya pernah saja dipilih untuk masuk ke dalam beberapa majalah sewaktu remaja dahulu.=) . Menulis hasil dari pembelajaran sendiri dan pengalaman

Oh,taklupa juga,sayajuga membekalkan produk kesihatan dan pendidikan untuk pelbagai peringkat.  Boleh dihubungi melalui sms/whatsapp : +60174181041